BANGUNLAH, Cintaku.
Bangun!
Kerana jiwaku mengalu-alumu dari dasar
laut,
dan menawarkan padamu sayap-sayap di
atas gelombang yang mengamukBangunlah,
kerana sunyi telah menghentikan derap
kaki kuda dan langkah para pejalan kaki.
Rasa kantuk telah memeluk roh setiap laki-laki, sementara aku terbangun sendiri,
rasa rindu membukakan kertas surat
tidurku.
Cinta membawaku dekat denganmu, namun
kebimbangan melemparkan diriku menjauh darimu.
Aku telah membuang bukuku,
kerana keluhku mengunci kata-kata dan
desah nafasku meninggalkan tempat tidurku,
Cintaku,
kerana takut pada hantu lupa yang berada
di balik selimut.
Aku telah membuang bukuku,
kerana keluhku mengunci kata-kata dan
desah nafasku meninggalkan halaman buku yang kosong di depan mataku!Bangun,
bangunlah,
Cintaku dan dengar diriku!
Aku mendengarkanmu,
Cintaku!
Aku mendengar panggilanmu dari lautan
lepas dan merasakan lembutnya sentuhan sayapmu. Aku telah jauh dari ranjangku,
beranjak ke tanah lapang, hingga embun
membasahi kaki dan bajuku.
Di sinilah aku berdiri,
dibawah bunga-bunga pohon badam,
memenuhi panggilan jiwamu.
Bicaralah padaku,
Cintaku,
dan biarkan nafasmu menghirup angin
gunung yang datang padaku dari lembah-lembah Lebanon.
Bicaralah.
Tak ada yang akan mendengar selain
diriku.
Malam telah melarutkan semua manusia
ditempat tidurnya.
Syurga telah menyulam cahaya rembulan
dan menghamparkannya ke seluruh daratan Lebanon,
Cintaku.
Syurga telah meriasnya dengan bayangan
malam,
jubah tebal membentang dihembus asap
dari cerobong kain,
dihembus nafas kemari, dan mengelarnya
di telapak kota,
Cintaku.
Para penduduk telah pulas menganyam mimpi di ubun-ubunnya di tengah pohon-pohon
kenari. Jiwa mereka mempercepatkan langkah mengejar negeri mimpi,
Cintaku.
Lelaki-lelaki longlai menggendong emas,
dan tebing curam yang akan dilalui
melemaskan lutut mereka.
Mata mereka mengantuk kerana dililit
kesulitan dan ketakutan.
Mereka melemparkan tubuh ke tempat tidur
sebagai tempat berlindung dari hantu-hantu yang menakutkan dan mengerikan,
Cintaku.
Hantu-hantu dari masa lalu berkeliaran
di lembah-lembah.
Jiwa para raja melintasi bukit-bukit.
Fikiranku yang berhias kenangan
menyingkap kekuatan bangsa Chaldea,
kemegahan Arab.
Di lorong-lorong gelap,
jiwa-jiwa pencuri yang tegap berjalan,
muncung-muncung nafsu ular berbisa
muncul dari celah-celah benteng,
dan rasa sakit berdengung kematian,
muntah-muntah sepanjang jalan.
Kenangan menyingkap tabir kelupaan dari
mataku dan nampaklah Sodom yang menjijikkan, serta dosa-dosa Gomorah.
Ranting-ranting berayun-ayun,
Cintaku,
dan desirnya bertemu dengan alunan anak
sungai di lembah.
Syair-syair Sulaiman,
nada kecapi Daud dan lagu Ishak
Al-Mausaili terngiang-ngiang di telinga kami.
Jiwa anak-anak yang lapar di penginapan
menggelupur,
ibunya mengeluh di atas kamar kesedihan,
dan kekecewaan telah jatuh dari langit.
Mimpi-mimpi kebimbangan melanda hati
yang lemah.
Aku mendengar rintihan pahitnya.
Semerbak bunga melambai seiring nafas
pohon-pohon cedar.
Terbawa angin sepoi-sepoi menuju
perbukitan,
harum itu mengisi jiwa dengan kasih
sayang dan meniupkan kerinduan untuk terbang.
Tetapi racun dari rawa-rawa jug berkelana mengepul bersama penyakit.
Seperti panah rahsia yang tajam,
racun itu telah menembusi perasaan dan
meracuni udara.
Tanpa kusedari matahari telah
mengilaukan cahaya pagi,
Cintaku,
dan jari-jari timur yang lentik menimang
mata-mata orang yang terlelap.
Cahaya itu memaksa mereka untuk membuka
daun jendela dan menyelak hati dan kemenangan.
Desa-desa,
yang sedang tertidur dalam damai dan
tenang di pundak-pundak lembah,
bangun,
loceng-loceng berdenting memenuhi
angkasa sebagai panggilan untuk mula berdoa.
Dan dari gua-gua,
gema-gema juga berdengung,
seolah-olah seluruh alam sedang berdoa
bersama-sama dengan khusyuknya.
Anak-anak sapi telah keluar dari
kandangnya,
biri-biri dan kambing meninggalkan
bangsalnya untuk menuai rumput yang berembun dan berkilatan cahaya.
Penggembalanya mengikuti dari belakang
sambil mengamatinya di balik lelalang.
Di belakangnya lagi gadis-gadis
bernyanyi seperti burung menyambut pagi.
Kini tangan siang hari yang perkasa
terbaring di atas kota.
Tirai telah diselak dari jendela dan
pintu pun terbuka.
Mata yang penat dan wajah lesu para
penjahit telah siap di tempat kerjanya.
Mereka merasakan kematian telah
melanggar batas kehidupan mereka,
dan riak muka yang layu mempamerkan
ketakutan dan kekecewaan.
Di jalanan padat dengan jiwa-jiwa yang
tamak dan tergesa-gesa,
dan di mana-mana terdengar desingan
besi,
pusingan roda dan siulan angin.
Kota telah menjadi arena pertempuran di
mana yang kuat menindas yang lemah dan si kaya mengeksploitasi dan menguasai si
miskin.
Betapa indah hidup ini,
Cintaku,
seperti hati penyair yang penuh dengan
cahaya dan kelembutan hati.
Dan betapa kerasnya hidup ini,
Cintaku,
seperti dada penjahat, yang
berdebar-debar kerana selalu merasa bimbang dan takut.